ANGIN dari laut di Pelabuhan Klang itu menghembus lembut wajah nan cantik dan ayu. Langit kelam bagaikan turut merasai gundah Suraya yang sudah bertahun dilanda kesedihan. Dia mengharap panas hingga ke petang, sebaliknya hujan di tengah hari. Mahligai cinta yang dibina bersama lelaki yang sangat dicintai, tidak berpanjangan. Memori luka itu sering menjelma di ingatan.
Berkali-kali ibunya menasihati. Namun, demi cinta diturutkan rasa hati, dialah lelaki pilihan. Cinta sejati yang tiada tolok bandingnya.
“Mak lebih dulu makan garam. Kau tu baru setahun jagung. Belum apa-apa dah nak kahwin. Kerja dulu. Kahwin tu kemudian boleh difikirkan.” Tetapi, nasihat ibu dibangkang keras. Suraya kurang menyetujui pendapat ibunya itu.
“Mak. Aya percaya, mak nak pisahkan Aya dengan Rahmad, bukan?”
“Mak cakap, salah; mak tak cakap pun salah. Suka hati kaulah.”
Suraya tahu ibunya terkilan. Dia juga sedar ibunya kecewa dengan keputusannya itu. Dengan jelas dia melihat ibu menyeka air mata. Sedih kerana kedegilannya. Namun, cinta terhadap lelaki itu telah mengabui mata Suraya. Dia lupa tanggungjawab terhadap ibu dan ayah yang sudah banyak berkorban demi masa depannya.
Di dalam bilik, Suraya ligat berfikir mencari jalan untuk melaksanakan impian hidup sebumbung dengan Rahmad. Dia sanggup melakukan apa saja demi cintanya terhadap Rahmad. Kata-kata manis lelaki itu membuai perasaannya, bagaikan dunianya sungguh indah berkilauan.
Petang itu, Suraya membawa Rahmad bertemu ayahnya. Bersungguh-sungguh Suraya merayu dan memujuk orang tuanya itu untuk menerima Rahmad sebagai menantu. Akan tetapi, ayahnya bukan saja tidak berkenan, malah memarahi lelaki itu.
Suraya dengan muka mendongkol, menghantar Rahmad sehingga ke hujung jalan.
“Abang akan datang lagi jumpa Aya. Abang nak ke Kuala Terengganu. Ada kerja nak dibereskan,” kata Rahmad.
“Betul ke pasal kerja… atau pasal isteri abang?” Suraya sengaja menguji.
“Hai..., sejak bila Aya belajar serkap jarang abang ni?”
Suraya menjeling. Dia sudah lama tahu Rahmad sudah beristeri. Malah, dia turut diyakinkan bahawa Rahmad sudah lama berpisah. Entah mengapa hatinya was-was dengan tindakan Rahmad.
“Abang tak tahu dengan cara apa lagi nak meyakinkan Aya pasal diri abang. Dah berbuih mulut abang beritahu Aya. Abang dah berpisah dengan isteri abang. Cubalah Aya fahami diri abang ni,” ujar Rahmad apabila melihat Suraya hanya mendiamkan diri.
“Aya bukan apa, bang. Aya.... Aya... serba salah. Mak Aya tak benarkan Aya kahwin dengan abang. Aya sendiri pelik kenapa mak menghalang.” Suraya meluahkan kegusaran hatinya.
“Abang tahu kenapa! Yalah. Gaji abang kecil. Abang bukannya orang senang. Anak penoreh getah aje. Dah tentu mak dan abah Aya nak bermenantukan orang yang berkedudukan.” Rahmad merendah diri.
“Alah! Aya tak pandang kebendaan. Bukan abang tak tahu Aya ni jenis yang macam mana. Lagipun harta boleh dicari, bang. Percayalah. Aya tak kisah semua tu,” jawab Suraya sambil menggenggam erat tangan Rahmad.
“Mulai saat ini, lupakan nasihat orang lain sama ada mak ataupun adik-beradik Aya. Mereka beri nasihat ikut hati dan perasaan serta pandangan mereka saja. Sedangkan kita bercakap dari hati kita sendiri. Soal hidup dan mati biarlah kita tentukan sendiri.” Rahmad memujuk Suraya dengan kata-kata manisnya.
Sekali lagi Suraya menyatakan hasrat hatinya kepada ibunya. Namun, ibunya menjelaskan kedudukan sebenar Rahmad yang masih beristeri dan mempunyai dua anak yang masih kecil. Bukannya duda yang didakwa lelaki itu.
Malangnya, Suraya lebih mempercayai kekasih hati daripada ibunya sendiri.
“Mak dah selidik. Di mana rumah orang tua Rahmad tu. Isteri dia dah lama berpindah. Kerjanya pun berdekatan dengan kampung sebab tak tahan dengan perangai Si Rahmad tu.” Ibunya menjelaskan untuk entah kali yang ke berapa.
“Mak… dahlah tu.... Dah banyak kali mak buruk-burukkan Abang Rahmad,” ujar Suraya pula sambil memeluk tubuhnya.
“Apa mak dapat kalau mak mengada-adakan cerita yang tak betul? Terpulanglah sama ada Aya hendak percaya atau tak.”
Suraya hanya mendiamkan diri. Dia hanya ingat pesan Rahmad; jangan dipedulikan kata-kata nasihat ibunya.
“Jiran-jiran sebelah-menyebelah rumah Rahmad pun ada cakap mereka suami isteri selalu bergaduh. Sampaikan keluarga isterinya tu masuk campur. Tak serik-serik. Makin menjadi-jadi perangainya. Kalau dah buruk perangainya, buruk jugaklah, ” kata ibunya, panjang lebar. Namun, Suraya anak yang sukar menerima nasihat.
“Mak nak tipu Aya lagi. Dari mana mak tahu semua ni? Mak ni suka sangat dengar cakap orang!” Suraya membentak, lalu meninggalkan ibunya tanpa menyedari tindakan itu menyakiti hati ibunya.
Mata Suraya telah dibutakan cinta. Selama dia berkawan dengan Rahmad, tiada apa yang mencurigakannya. Segala nasihat ibunya ditolak ke tepi.
“Keputusan kau gred satu. Sambung belajar lagi. Mak masih mampu sekolahkan kau. Duit simpanan arwah abah kau lebih dari mencukupi. Abang dengan kakak kau pun sudi membantu.” Ibunya masih lagi memujuk hatinya.
Suraya, anak bongsu yang masih tinggal dengan ibunya. Apa-apa yang ingin dimiliki, ibunya akan berusaha menyediakannya. Begitu banyak pengorbanan ibu terhadapnya selama ini. Namun, itu semua belum cukup untuk membuka mata yang dirinya digunakan lelaki yang bernama Rahmad. Suraya mempunyai segala-galanya. Rupa paras cantik, bijak dan kehidupan remajanya tidak pernah sepi daripada kegembiraan.
“Aya dah tak minat nak belajar. Aya nak kerja di KL.” Suraya tetap berkeras. Kedegilannya menambah luka di hati ibu yang masih berharap Suraya tidak lagi berdegil.
“Jangan percaya sangat cakap-cakap lelaki tu. Sejauh mana kau kenal dia.” Ibunya masih bertikam lidah dengan Suraya.
“Apa-apa pun yang akan terjadi, Aya tetap cintakan dia. Dialah cinta pandang pertama Aya. Aya tak boleh hidup tanpa dia. Mak! Tolonglah restui hubungan kami ni, mak.” Suraya memujuk hati ibunya.
Ibu memandang tepat wajahnya. Matanya berkaca-kaca. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ibunya ingin melihat dia hidup bahagia.
Keputusan Suraya muktamad. Dia tetap ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran kerja di sana. Perangai Rahmad yang berusia hampir 35 tahun tidak pernah mencurigakannya. Pergi kerja dihantar dan pulang kerja diambil. Dia berasa selamat di bawah pengawasan Rahmad.
Hampir dua tahun lamanya Suraya menjalin perhubungan dengan Rahmad. Sudah puas Suraya membawa Rahmad berjumpa ahli keluarganya agar hubungannya dengan Rahmad direstui. Namun, ahli keluarganya tetap menolak.
“Suatu hari nanti kau akan menyesal kerana tak dengar nasihat mak,” ujar kakaknya yang sulung.
“Masa tu nanti kau menyesal pun tak guna lagi,” tambah kakaknya apabila melihat Suraya membisu.
Kalau Suraya menjawab pun, masalah tetap tidak akan selesai. Semuanya tidak berkesudahan.
Setelah sekian lama berjanji setia, hidup semati dan dipujuk rayu, akhirnya Suraya mengikut Rahmad melangsungkan perkahwinan di Siam. Mereka mendaftarkan perkahwinan di Malaysia tidak lama kemudian. Suraya pasrah menerima Rahmad sebagai suaminya dengan seadanya.
“Apa salahnya kalau kita naik pelamin. Aya teringin sangat nak bersanding. Itu pun sekali seumur hidup. Macam orang lain kahwin yang dapat bergambar dengan ahli keluarga, sanak saudara dan juga rakan taulan.” Suraya meluahkan rasa sedihnya ketika makan malam dengan Rahmad di sebuah gerai makanan sebelum melangsungkan perkahwinannya.
Sedikit sebanyak Suraya cemburukan situasi kakak-kakak, saudara mara dan rakan taulan melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis mereka cukup meriah dan sempurna. Terserlah seri pengantin. Tetapi, dirinya berkahwin tanpa restu keluarga.
“Kalau nak bersanding, siapa nak nikahkan kita? Siapa nak uruskan majlis perkahwinan kita? Kan mak Aya tak sukakan abang sejak mula kita jalin hubungan lagi,” jawab Rahmad, memujuk.
Kata-kata Rahmad itu memang diakui Suraya. Setelah puas berfikir, dia sendiri yang membuat keputusan mengikut Rahmad kahwin lari di seberang. Bagaimanapun, hatinya tidak tenteram selagi tidak dapat mengabadikan gambar majlis perkahwinannya.
“Tapi, bang… walau macam mana pun, dia tetap mak kandung Aya. Aya ada adik-beradik. Aya nak sangat bergambar dengan adik-beradik untuk dijadikan kenang-kenangan di hari tua nanti,” ucap Suraya sambil menyuap sisa-sisa mi goreng.
“Tak apalah. Kalau nak bergambar, kita bergambar di studio ajelah. Abang dah pun cari rumah sewa. Tak jauh dari tempat kerja Aya. Aya segeralah buat keputusan, ya.” Rahmad sekali lagi mendesak Suraya. Suraya hanya tersenyum.
Suraya mengesat air matanya yang bergenangan. Sudah bertimba-timba air matanya mengalir. Suraya sedih dibohongi, malu kepada adik-beradik dan berdosa kepada ibu yang sudah banyak menitiskan air mata kerananya.
Suraya menghela nafas panjang. Hati kecilnya berkata, takkan selama-lamanya aku nak bersedih. Biarpun pahit, hidup mesti diteruskan jua.
Igauan pahit itu sering menemaninya.
Suraya kesal selepas bernikah, dia langsung tidak menjenguk ibunya. Dia sedia maklum, ibu akan memarahinya kerana membelakangkan keluarga. Dia mungkin akan dihalau dari rumah. Ibu mana yang dapat menerima anak kandung yang telah menconteng arang di mukanya?
“Kalau kau nak kahwin dengan lelaki tu, kau jangan balik ke rumah ini lagi!”
Suraya masih ingat kata-kata terakhir ibunya itu sebelum dia menghilangkan diri.
“Mak! Sampai begitu sekali mak bencikan pilihan hati anak mak ni. Sampai hati mak.” Sungguhpun Suraya merayu, pendirian ibunya tidak berganjak.
Suraya lari dari rumah. Kembali ke rumah sewanya di Kuala Lumpur. Kepada Rahmad dia mengadu. Lantaran itu, Rahmad tidak mengizinkan dia kembali ke kampung.
“Untuk apa balik kalau mak tak nak terima keputusan Aya tu? Hati siapa yang akan sedih nanti,” kata Rahmad, memujuk hati Suraya selepas tiga bulan berkahwin.
Pada awal perkahwinan, mereka sungguh bahagia kerana hasrat tercapai untuk hidup bersama. Rahmad mengotakan janji-janjinya.
Alkisah, selepas tiga bulan berkahwin, Suraya mengandung. Kebetulan Suraya mengalami alahan yang agak teruk. Rahmad bersusah-payah membawanya berjumpa doktor. Ketika itulah Suraya merasakan segala nasihat keluarganya tidak berasas sama sekali.
Akan tetapi, apabila masa mahu bersalin semakin hampir, baru Suraya merasakan kesusahan hidupnya. Rahmad mulai sibuk dengan kerjanya dan selalu pulang lewat malam.
Apabila diajak berbincang di mana mahu bersalin, Rahmad cuba mengelak. Dia hanya mencadangkan agar Suraya bersalin di hospital kerajaan, HKL saja kerana di sana sudah tersedia semuanya.
Suraya akur. Lagipun, banyak wang yang diperlukan untuk bersalin di hospital swasta. Ketika itulah dia mulai sedar betapa peritnya tidak mendengar nasihat ibu. Betapa pentingnya ada ibu menasihati demi kebahagiaannya. Mahu meminta bantuan ibu mertua, ibu mertua sudah tiada.
Lantaran itu, pandai-pandailah Suraya berdikari demi anak yang dilahirkannya. Dalam masa berpantang, Rahmad sering pulang lewat malam. Bangun awal pagi dengan alasan mahu mencari wang tambahan, terpaksalah melakukan banyak kerja.
Walaupun dalam keadaan begitu sukar, Suraya bersyukur jiran-jirannya begitu baik kepadanya. Setelah selalu sibuk bekerja, apabila berada di rumah, jiran-jirannya mulai bertanya khabar.
Memikirkan nasib diri, Suraya memaksakan dirinya berbaik-baik dengan jiran. Apabila sudah berbaik-baik dengan jiran, Suraya bertanya apakah ada orang yang sanggup menjaga anaknya?
Ketika itulah Suraya mendapat tahu, bahawa suaminya sering berada di rumah pada waktu tengah hari bersama kawan-kawannya ketika dia keluar bekerja. Demi mengenangkan kerukunan rumah tangganya, pada kesempatan yang ada dia bertanya kepada suaminya kedudukan perkara yang sebenar.
Rahmad menafikannya, sebaliknya menuduh Suraya suka mendengar cakap-cakap orang. Suraya percaya kata-kata suaminya itu.
Namun, keadaan hidup Suraya makin meruncing. Apabila sudah ada anak, perbelanjaan pun bertambah. Suami yang diharapkan pula tidak banyak membantu. Jiwa Suraya tertekan.
“Abang bukannya sengaja tak nak bantu Aya. Anak-anak abang kat kampung selalu minta duit. Nak buat belanja sekolah. Aya faham-faham ajelah.” Begitu alasan Rahmad pada suatu pagi Ahad ketika mereka berada di rumah.
Suraya melepaskan keluhan berat. Dia mencongak-congak wang gajinya. Belanja membeli susu anak, membayar pengasuh dan sewa rumah kini terbeban di atas bahunya. Kalau dulu dia selalu bekerja lebih masa, tetapi semenjak sudah ada anak, dia lebih banyak meluangkan masa untuk anaknya itu.
“Aya bersabarlah. Nanti abang akan cuba kurangkan nafkah abang untuk anak abang di kampung.” Simpati Rahmad membuatkan hati Suraya berasa lega.
“Harap-harap abang berundinglah baik-baik dengan anak-anak abang. Kasihanilah Aya ni, bang. Wang gaji Aya bukannya banyak sangat,” ujar Suraya pula.
Rahmad membelai rambut Suraya dengan sepenuh kasih sayang. Suraya senang diperlakukan begitu. Buat seketika, lenyap segala masalah yang bertandang di benaknya.
Cintanya terhadap Rahmad tidak berubah sehinggalah dia hamil buat kali kedua. Suatu hari, tanpa diduga, janda Rahmad bersama anak-anaknya dan ibu Rahmad datang dari kampung mencari Rahmad di rumahnya.
Sebagai tetamunya, Suraya melayan mereka sebaik-baiknya.
Jatuh terjelepuk Suraya di ruang tamu rumah apabila diberitahu Rahmad sudah berbaik-baik semula dengan jandanya itu. Selama ini Rahmad tidak pernah menghantar wang perbelanjaan. Rupa-rupanya dalam diam, dia berkahwin lagi seorang.
Suraya hanya mendengar. Hatinya sebak. Selama ini Rahmad membohonginya. Dia tidak pernah bekerja. Hanya mengharap wang ihsan isterinya saja.
Kini Suraya faham. Selama ini cerita kurang enak yang dibawa jiran-jiran mengenai suaminya benar belaka.
“Jadi, selama ini Abang Mad menipu saya, ya. Kononnya, duit selalu tak cukuplah, anak-anak minta tambah nafkahlah. Dia juga menipu, ibunya sudah meninggal. Dia juga tak beritahu saya, dia dengan akak dah berbaik-baik semula.” Suraya memberanikan diri mengadu perihal Rahmad kepada isteri tua dan ibunya.
“Dia dah banyak kali berjanji dengan akak nak berubah. Akak dah puas bersabar. Perangainya tak jugak berubah. Akak pun terkejut dia berkahwin lagi,” ujar isteri pertama Rahmad.
Ibu Rahmad serta isteri pertamanya tidak tergamak menuduh Suraya yang bukan-bukan memandangkan mereka arif benar perangai sebenar Rahmad yang suka menipu itu.
Berguguran air mata Suraya mengenangkan dirinya tertipu. Dia kesal selama ini tidak memperdulikan cakap-cakap jiran tentang diri Rahmad yang sering berada di rumah. Keluar pagi, pulang tengah hari; keluar petang, balik malam. Keadaan itu benar-benar mengabui matanya.
Suraya tertekan. Cintanya terhadap Rahmad semakin pudar. Demi memikirkan masa depan anak-anak, dia meminta suaminya itu membuktikan dia benar-benar bekerja. Rahmad gagal berbuat demikian. Dia akur. Suaminya pemalas.
Hati Suraya bercampur-baur. Sedih, tertipu, malu serta berdosa kepada ibu dan keluarga. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Sedarlah dia kenapa ibu menentang hubungannya dengan Rahmad. Akhirnya dia sendirian menanggung sengsara.
“Carilah kerja, bang. Demi anak-anak. Gaji saya bukannya banyak sangat nak tanggung abang. Semuanya tergalas di bahu saya. Tak adillah macam ni.” Demikian luahan rasa sakit yang bersarang di hati Suraya.
“Aya bawa-bawalah bersabar. Abang tengah cari kerjalah ni.” Rahmad tidak putus-putus memujuk.
“Siang malam abang keluar cari kerja. Tapi, macam tu jugak. Saya dah tak tahan lagi. Selama ni abang dah banyak tipu saya. Kalau tak kerana Kak Senah datang ke rumah ni, sampai bila-bila saya akan di tipu abang.”
“Aya jangan nak naikkan darah abang pulak. Sabarlah! Suatu hari nanti abang akan kerja juga,” janji Rahmad.
“Macam nilah. Selama ini saya yang tanggung makan minum abang. Kalau abang tak mampu tanggung saya dengan anak-anak, lepaskan saya. Saya boleh hidup dengan wang gaji yang saya ada. Lagipun saya dah tak sanggup. Pengorbanan saya selama ini sia-sia saja.”
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?” Rahmad kelihatan gelisah mendengar kata-kata Suraya itu.
“Keputusan saya muktamad. Hati saya dah hancur. Saya sedar cinta semata-mata tak jamin kebahagiaan hidup. Hidup di dunia ini kena ada macam-macam keperluan hidup. Cinta abang palsu belaka demi kesenangan diri sendiri!” Lantang suara Suraya memberitahu alasannya.
“Saya dah nekad. Esok saya akan failkan permohonan cerai saya,” tambahnya.
Setelah puas naik turun mahkamah, akhirnya Suraya bebas daripada menjadi isteri Rahmad. Dia kini bergelar ibu tunggal. Pengorbanannya ini adalah untuk masa depan anak-anaknya yang memerlukan perhatian dan belaian.
Suraya bersyukur ibunya masih menerimanya. Begitu juga adik-beradik yang tidak pernah membencinya, malah mengharapkan dia menganggap semua itu dugaan Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya.
“Tuhanku! Hanya pada-Mu jua aku memohon. Berilah aku kekuatan demi meneruskan kehidupan ini. Ampunilah dosa-dosaku pada emak, abah dan adik beradikku,” ujar Suraya sambil mendongak ke langit yang mendung. Senja sudah mulai berlabuh.
Matanya berkaca-kaca memandang matahari yang terbenam di ufuk timur. Mudahan-mudahan masih ada lagi hari esok untukku dan anak-anak. Doanya lagi dalam hati.

0 comments:
Post a Comment