SPONSOR

Saturday, January 16, 2016

Posted by RAIZA KHAIRINA 8:19 PM No comments
Sudah lama tidak menjengah rumah ini. Rumah kosong ini jika diisi dengan jambangan kasih yang melaut di hati ini pasti semua cinta yang ada turut merasa tempiasnya. Hanya diri yang mampu mengubahnya. Saya ingin paparkan cinta hati ketiga saya. Walaupun hanya cerpen yang dicurahkan cukup buat hati saya berbunga bahagia. Ada pelbagai rasa, cukup perisanya, kisah mencuit jiwa, bicara tentang cinta, kasih dan sayang selagi masih bernyawa, cinta yang tumbuh itu tidak pernah akan hilang. Semuanya dalam SEDEGUP CINTA.
Pm saya untuk pre-order. RM22 (SM) RM25 (SS)
Tambah RM6 untuk pos laju.







#Degup Tanpa Cinta - Intan Yumerza
"Maaf, bang. Atie tak dapat tolong. Atie pergi dulu." Tanpa memandang pria pujaan hati itu, aku terus berlalu dengan jiwa yang kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Namaku yang diseru berulang kali langsung tidak aku endahkan. Maaf abang Aidin. Maaf... sungguh Atie tidak mampu menunaikan permintaan abang yang satu itu.
  

Nak ketawa? Nak menangis... dia tak tahu nak buat apa? Perlahan-lahan dia berundur dan langkah seribu dibuka. Langsung tidak memandang ke arah pemuda yang mahu menolong tetapi kerana sikap salah sangka menguasai diri maka dia tersalah anggap. Nuran Syaziah mahu gelak kuat tetapi hanya mampu sengih. Peristiwa tadi benar-benar memberi pengajaran. Ambil kira teguran orang, jangan suka salah sangka. Dia akhirnya melakukan transaksi di bank lain.

#Hanya Dia
Zue jadikan itu tangkal motivasi untuk menepis kata-kata tajam. Namun kadang-kadang hati terlalu rapuh bila mendengar kawan-kawan seringkali bertanya. Lebih-lebih lagi apabila ada sahaja kawan yang berkongsi berita gembira bakal jadi ibu. Bukan itu sahaja jemputan walimatul urus pun ada masanya Zue tolak.


"Aliya tak kasihan dengan mak dan ayah di kampung? Aliya sanggup ke tengok mereka menderita setiap waktu? Aliya sanggup ke biarkan mereka menunggu serta mengharapkan Aliya pulang ke pangkuan mereka?" Bertubi-tubi Dani menyoal Aliya. Sengaja dia memprovokasi.



Fitri perlukan jawapan, bukan soalan. Dia rasa terperangkap dengan diri sendiri. Apa yang perlu dijawab? Seikhlasnya memang dia mencintai Ayunie. Sejak mengenalinya lebih lima tahun lalu, sehingga kini perasaan itu belum berubah. Tanpa suara, hanya keluhan yang mendesah keluar dari rongga kerongkongnya. Ayunie cepat membuat kesimpulan.


 

0 comments:

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter