Cerpen yang mula-mula tersiar di majalah MINGGUAN WANITA, 1998.
OLEH: RAIZA KHAIRINA
JAM berdenting lagi, kini sudah menunjukkan
jam 9.00 malam. Pak Su masih gelisah. Dia mundar mandir di ruang tamu. Pelbagai
andaian buruk bermain di kepalanya. Sekejap matanya melirik melihat jam di
dinding, sekejap melirik memandang keluar.
“Apa
hal abang nampak gelisah sahaja? Tegur Mak Su kehairanan. Risau di hati tuanya
melihat keadaan suaminya itu.
“Eh
awak nie nak bunuh saya ke? Terperanjat saya!” Pak Su mengerutkan dahinya.
Tampak gersang garis-garis amarah di wajahnya.
Sememangnya
perangai semulajadi Pak Su begitu. Keras hati, panas baran, sukar di bawa
berunding dan sebenarnya jauh di sudut hatinya tetap memiliki sikap pengasih
dan penyayang. Namun berkat kesabaran Mak Su, hingga saat ini kekal bahagia
bersama Pak Su.
“Eh,
abang ni, saya nak tegur macam mana lagi. Saya tegur abang tahu tengking saya saja.” Rasa tidak
puas hati Mak Su diluahkan.
“Awak
tak tengok saya tengah susah hati pasal anak awak!”
“Saya
pun tahu susah hati sebab dia anak saya. Saya faham perangai dia. Kejap lagi
dia baliklah tu. Kata Mak Su cuba
melegakan panas baran Pak Su. Mak Su
lebih memahami anak perempuannya itu berbanding Pak Su.
“Itulah
awak manjakan anak. Kepala kita nak dipijaknya.”
“Tegur
salah, tak tegur pun salah, susahlah saya nak berkompromi dengan abang,” ujar
Mak Su yang masih tidak puas hati.
“Awak
nak ke mana tu?” Soal Pak Su sambil melihat kelibat Mak Su hilang di ruang
tengah rumahnya. Manakala Pak Su kembali resah gelisah di ruang tamu.
Jam
berdenting lagi. Sekarang tepat jarumnya pada angka 12.00 tengah malam. Serta
merta Pak Su terbangun dari tidurnya. Dia menyedari seseorang sedang membuka
pintu rumah, lantas segera memperkemaskan duduknya.
“Eh
ayah, belum tidur lagi? Buat apa duduk dalam gelap ni. Ayah! Ayah!” Tanya dia
berterusan.
Sepatutnya ayah
yang perlu tanya engkau,” jawab Pak Su tepat memandang wajah anaknya.
“Bukankah siang
tadi Rin dah bagi tau mak…”
“Kenapa Marina
binti Munif sudah mampu membuat sebarang keputusan tanpa rundingan orang
tuanya?” sambung Pak Su tanpa Marina
sempat menghabiskan kata-katanya.
“Apa maksud
ayah? Rin, Rin tak faham?” Tanya Marina kurang pasti.
“Abang apa nie malam-malam buta memekak tak malu
dengan jiran ke? Mengganggu orang tidur aje,” Mak Su mencelah cuba menenangkan keadaan. Pujukan
Mak Su menjadi, Mak Su menarik nafas lega apabila melihat Pak Su bangun menuju
ke kamar.
“Hai, melamun
sakan tuan puteri kita nie. Apa ke hal?” terperanjat Marina apabila terdengar usikan itu. Marina melebarkan senyuman
tanpa sepatah jawapan kepada sahabat perjuangannya.
“Angin timur
laut melandakah?” usik anak muda itu lagi. Fandi cepat-cepat mencuit bahu Ramli.
“Emm, Rin bo…
boleh I tumpang duduk di sini?”
“Duduklah, siapa
gerangan yang berani larang you.” Lembut pelawaan Marina. Sudah dapat lampu hijau terus mereka
berdua melabuh punggung.
“Udara di sini
nyaman ye. Patutlah tuan puteri kita suka duduk di sini.” Marina menjeling Ramli yang masih berani
mengusiknya.
“Maaf Rin, Ramli
memang suka mengusik. Janganlah ambil hati.” Marina senyum. “Sebenarnya Rin I betul-betul
tak faham mengapa you suka menyendiri, sedangkan you nie happy go lucky,
peramah, mudah mesra, siapa yang tak kenal you. If you have any problem so what
wrong you tell me, buat apa simpan di hati.”
“Hei, you tak
ada kena mengena dengan I.
buat apa you nak tahu,” jawab Marina
tegas, kurang senang dengan pertanyaan itu.
“You dah lupa,
kita masih sahabat baik walau terputus ikatan and you juga sebahagian daripada kami di sini.” Balas
Fandi geram pada sikap Marina
yang keras hati.
“Masakan sikap
I, cara I mengganggu you all,” kata Marina.
“I bukan nak
komplen. Kita kenal bukan sekejap tapi dah lama. So I tahu sangat perangai you
nie.”
“You memang nak
cari pasal dengan I bukan?” jawab Marina
ternyata tidak mahu mengalah.
“Korang berdua
nie kalau tak bergaduh memang tak sah. Jumpa aje macam kucing dengan anjing.”
Ramli mencelah, sedang tadi menjadi pendengar setia.
“Eh kau nak bunuh
aku ke? Sakit tau tak,” marah Ramli apabila disiku Fandi.
Marina tertunduk menahan sebak. Kelopak matanya mula dibasahi air mata.
Sebagai anak dia tidak dapat menahan sebak bila cita-cita cuba dihalang orang tua.
“Rin, please
don’t cry,” pujuk Fandi.
“Hati I
tersentuh bila orang tua I tak suka kerjaya I ni. I ada hak menentukan masa
depan I,” tanpa disengajakan terluah masalah yang membelenggu fikirannya.
“Rin, I bukan
nak masuk campur. Tapi sebagai kawan I berhak memberi pendapat. You tentu tahu,
sebagai orang tua tentu mereka tidak suka melihat anak mereka kurang masa untuk
berehat, kesihatan sudah pasti terganggu. Mereka kurang senang melihat you busy
selalu. Lagipun, bidang yang you ambil tu mencabar kewibawaan you,” terang
Fandi panjang lebar.
“So you sukalah,
kalau I hancurkan impian I dalam bidang kewartawanan ni. You masih hipokrit,
Fandi.” Marina
masih tidak dapat mengawal perasaannya.
“Marina, betul cakap Fandi
tu. Kami bukan nak menghalang, percayalah,” Ramli menyokong pendapat Fandi
“Rin, tunggu
dulu Rin, Rin,” laung Fandi.
“Biarkanlah dia.
Dia masih bingung,” kata Ramli sambil melihat kelibat Marina sudah jauh melangkah..
“Apasallah dia
minat sangat bidang kewartawanan tu.” Keluh Fandi geram.
“Eh. Biasalah,
setiap orang ada minat dan hobi masing-masing.” Kata Ramli pula.
Fandi memandang
jauh ke depan. Mungkin lamunannya kembali kepada kenangan silam. Kenangan
bersama pujaan hatinya Marina.
Ketika itu mereka sama-sama berlari-lari anak dibatas sawah, berlumba-lumba
pulang dari sekolah, kemudian terjalin ikatan percintaan, tapi sayang Marina berpindah sekolah.
Mungkin kerana Marina bimbang
pelajarannya terjejas, lalu memohon ayahnya berpindah sekolah lain. Lagipun
Marina sedar mereka masih di peringkat kanak-kanak untuk menjalinkan hubungan
cinta. Menjelang dewasa Fandi bersyukur akhirnya mereka diketemukan di kolej
yang sama.
Marina, gadis yang keras hati, juga tidak pernah mahu mengakui kesilapan
yang telah dilakukan. Perpisahan itu suatu tamparan hebat buat anak muda ini.
Baginya Marina adalah wanita istimewa, yang mampu membuat jantungnya berdebar
tiap kali bersemuka.
Marina kau sebenarnya sengaja tidak mahu memahami hati dan perasaanku.
Kalau tidak tentu kau tidak membuat keputusan terburu-buru. 8 tahun kau
menghilang. Bayangkan, selama itu aku masih sendiri, menanggung rindu yang
bukan sedikit. Aku terlalu lama menanti penjelasanmu, Marina. Hati kecilnya berbisik.
“Aku masih
sayang padamu Marina,”
ujarnya tiba-tiba. Dalam kekalutan fikiran itu, terdengar olehnya jeritan ramai
di pekarangan kolej.
Fandi tercengang
melihat beberapa pelajar berkumpul melihat sesuatu. Lebih menghairankannya
punca sebenar kemalangan tersebut. Dia gugup.
Dua orang
pelajar perempuan dikejarkan ke hospital. Salah seorang darinya Marina. Marina cedera teruk di kepalanya.
Mengapa kau
membahayakan dirimu. You membuatkan semua orang gelisah. Marah Fandi geram pada
Marina yang bertindak tanpa pertolongan orang
lain sambil melihat Marina
yang terbaring tidak sedarkan diri.
Wajah Marina
pucat, jejarinya sejuk seperti air batu. Ketika itu apa yang bermain di minda
Fandi, semoga Marina
cepat sembuh dan kembali belajar seperti biasa. Dia mahu Marina terus hidup memperjuangkan impiannya.
Dia bertekad tidak akan memaksa Marina
lagi, jika itu kehendaknya.
“Encik sudah
tiba masanya pesakit menerima rawatan. Saya minta encik keluar sebentar,” pinta
jururawat yang bertugas.
“Nurse,
bagaimana keadaan kawan saya nie? Tolonglah nurse kasihankan dia,” kata Fandi
merayu.
“Encik jangan
bimbang, pendarahan di kepalanya tidaklah serius sangat. Dia perlukan rehat
yang cukup kerana badannya sudah lemah akibat banyak kehilangan darah. Kalau
lambat di hantar ke hospital, mungkin pendarahannya serius.” Penjelasan
jururawat itu melegakan hati Fandi. Sebelum keluar Fandi memandang sekilas
wajah ayu Marina.
Ketika di luar,
muncul seorang wanita tua dan seorang anak muda yang tidak kurang kacaknya.
Fandi mengamati wajah-wajah tersebut. Rasa seperti kenal tetapi dia tidak ingat
bila mengenali mereka.
“Bagaimana
keadaan anak Mak Su. Mak Su bimbang sangat-sangat.”
“Sabarlah Mak
Su, Kak Rin tak apa-apa,” pujuk anak muda di sebelahnya cuba menenangkan kebimbangan hati
tua Mak Su.
“Anak ini kawan Marina ya,” Fandi
mengangguk.
“Marina mengalami
pendarahan yang tidak begitu serius. Tapi dia masih tidak sedarkan diri,” jelas
Fandi dalam nada sedih. “Doktor sedang merawatnya Mak Su, bersabarlah,” sambung
Fandi lagi.
“kenapa boleh
jadi begini, setahu Mak Su, Marina
cekap bawak kereta,” Tanya Mak Su masih lagi kebimbangan.
“Saya difahamkan
Rin cuba
mengelak dari terlanggar seorang budak, malangnya Rin melanggar seorang pelajar
di seberang jalan dekat kolej. Keretanya terbabas merempuh kereta guru,” terang
Fandi sambil melirik memandang Marina
yang masih terlantar.
Mak Su tidak
dapat menahan sebak lagi. Titisan air mata mula membasahi pipinya. Selama ini Marina tidak pernah
terlantar tidak sedarkan diri. Masa kecil kalau Marina demam hanya sekejap sahaja. Terfikir
di mindanya sikap suaminya yang tidak mahu melawat Marina dalam keadaan begitu. Kedukaan
menyelubungi benaknya yang sedia kacau.
“Mak Su
bertenanglah, agaknya Kak Rin tiada kawalan sebab tu dia gagal kawal
keretanya,” kata anak muda itu pula cuba memujuk hati Mak Su.
Seharian Mak Su
menemani Marina.
Manakala Fandi pulang untuk meminjam nota kuliah yang tertinggal selama dia
berada di hospital. Pada malamnya dia tetap setia menemani Marina,
ibu Marina pula
disuruh pulang.
Paginya Marina
tersedar tanpa diduga sama sekali oleh doktor yang merawat semasa dinihari.
tadi. Fandi pula kerana letih tertidur di birai katil. Marina memandangnya dengan seribu pertanyaan
yang sukar untuk dijawab. Dia cuba
mengingati apa yang berlaku, namun kotak fikirannya tidak terjangkau sama
sekali. Dia kelihatan bingung melihatkan keadaan dirinya yang terlantar.
Kebetulan doktor muda yang menyedari perilaku Marina
ketika itu segera mendapatkan Marina
untuk memberi sedikit penjelasan.
“Cik Marina
jangan terlalu banyak bergerak, luka cik belum sembuh sepenuhnya,” tegur doktor
muda itu.
“Saya cuma nak
tahu mengapa saya jadi begini?” usul Marina.
“Sebenarnya cik
dalam keadaan koma selama dua hari. Cik tak sedarkan diri kerana kemalangan.
Pemuda ini yang membawa cik ke mari.”
“Saya tak
percaya.” Marina
ternyata tidak mempercayai penerangan doktor itu.
“Bertenang cik.”
Perbalahan itu menyebabkan Fandi terjaga. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya beberapa
kali seakan tidak percaya Marina
sudah sedar. Terukir senyuman gembira di bibir Fandi. Pandangan mereka bersatu.
“Tinggalkan aku
sendirian.” Fandi terkejut. Dia memandang doktor di sebelahnya. Doktor itu
menarik tangannya keluar. Dari awal lagi Fandi sudah menduga Marina tidak dapat menerima keadaannya itu.
Agak lama juga Marina cuba
menyesuaikan diri dalam keadaan begitu. Apabila keadaan sudah mengizinkan,
kesempatan yang ada digunakan oleh Fandi untuk merapatkan hubungan yang sekian
lama terjalin dan melepaskan perasaan pada yang tersayang.
“I tak sangka
you terlalu mengikut perasaan.”
“Aku tidak
menagih simpatimu. Untuk apa pengorbananmu, sedangkan kau tak memahami hatiku.
Semua, semua orang termasuk Encik Firdaus.”
“Tapi sudahnya
kau jadi begini. Sepatutnya kau perlu fikir dahulu, tak perlu terburu-buru,”
jawab Fandi tegas. Marina memandangnya cuba
memahami. Dia mencari kebenaran dari sebalik kata-kata Fandi itu.
“I’m sorry,
mungkin I berkasar dengan you.” Marina
menjeling geram.
“Sudahlah lain
kali I harap you lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan. Lupakan artikel
itu buat sementara waktu. You know, hari you terlantar you hampir membunuh
seorang pelajar junior. Nasib baiklah dia tidak apa-apa,” kata-kata Fandi
benar-benar mengejutkan Marina.
“Oh God, what’s
wrong with me,” ujar Marina
sambil mengerutkan dahinya.
“Jangan banyak berfikir
lagi, nanti lambat sembuh pulak. Lambat pula pencarianmu dalam bidang
kewartawanan.”
“You memperli I.
I hate you. I really-really hate you.” Marina
menunduk malu. Fandi ketawa kelucuan.
“Iye ke benci.
Tak takut ke terlampau benci nanti terlampau sayang kat jejaka hensem nie.”
Fandi mengusik lagi.
“Ah, kau memang
perasan.” Bertambah merah muka Marina
yang putih bersih itu menahan malu.
Bimbang tidak
ada lagi dalam kamus hidup Effendi kerana Marina
sudah boleh menerimanya semula. Ceria wajahnya, menanti hari esok yang
berkilauan biarpun cabaran hidup bakal ditempuhi.
Marina dapat menerima Fandi semula sebab anak muda itu terlalu mengambil
berat tentang dirinya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan terlantar begitu. Sesuatu
yang mengembirakan dirinya Fandi tidak lagi membantah apa jua keputusan dalam
mnerajui kehidupan yang semakin mencabar. Tetapi Marina masih bimbang pada
sikap ayahnya yang tidak menyetujui keputusannya itu.
Fikirannya
bertambah kacau apabila berdepan dengan ayahnya yang punya sikap panas baran
dan sukar untuk dibawa berunding. Ini yang melemahkan semangatnya untuk
berjuang mempertahankan impian.
Pada suatu pagi
tanpa diduga Pak Su dan Mak Su, Marina
telah membuat keputusan untuk menetap di asrama kolej. Sudah lama dia merancang
untuk menetap di kolej, cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai.
Keputusan Marina
itu ternyata menimbulkan kemarahan di hati Pak Su. Sudahlah hatinya bengkak
kerana tidak dapat menerima kerjaya pilihan Marina, inikan pula hendak berjauhan dengan
anak tunggalnya itu. Selain Marina Pak Su dan Mak Su tidak ada anak lain lagi
melainkan anak angkatnya Saiful yang kini belajar di Universiti Malaya.
Pak Su
sebenarnya lebih suka jikalau Marina
bekerja sebagai seorang guru, juururawat atau doktor. Tetapi tugas sebagai
guru, jururawat dan doktor langsung tidak pernah diimpikan Marina. Marina
lebih suka kerjaya yang lebih mencabar kewibawaannya.
Marina menatap wajah ayahnya memohon simpati. Namun Pak Su tetap bertegas.
Dia sengaja tidak mahu memahami hati anaknya.
“Ayah, Rin tak
berniat nak sakiti hati ayah. Rin cuma mahu ayah memahami perasaan Rin, kali
nie aje ayah,” Marina
meluahkan isi hatinya.
“Ayah kata tak
boleh, tak boleh,” jawab Pak Su masih tegas dengan kepetusannya.
“Mak, tolonglah
pujuk ayah tu,” bisik Marina
di cuping telinga Mak Su sebaik saja Mak Su masuk ke ruang tamu. Mak Su
menggeleng kepala. Dia mengarahkan anaknya masuk ke dalam kamar.
“hei, susah
betul nak bawa berbincang dengan abang nie,” diam-diam Mak Su merungut.
“Apa awak
cakap.”
“Saya kata baik
juga keputusan Marina
tu. Bukan dia tak balik rumah lagi dah. Bagilah dia peluang untuk berdikari.
Saya tahu anak kita tahu membawa diri. Nanti bila dah bersuami takkan nak duduk
bawah ketiak abang lagi,” pujuk Mak Su diiringi dengan sedikit usikan. Pak Su
menjeling. Amarahnya kian hilang bila dipujuk.
“Suka hati
awaklah. Nasihat saya memang sudah tidak berguna lagi,” jawab Pak Su sambil
melangkah keluar meninggalkan Mak Su sendirian di ruang tamu.
Dalam diam-diam
hati Pak Su berbisik, anakku jangan ingat ayah tidak sayang padamu. Hanya kau
satu-satunya anak ayah, harapan ayah dunia dan akhirat. Kebahagiaan anak ayah,
kebahagiaan ayah juga.
(TAMAT)
0 comments:
Post a Comment