Kalau Sudah Jodoh
Oleh Raiza Khairina
BANYAK asam banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Begitu banyak gambaran
tingkah laku manusia yang menerjah ruang fikiran Adelia. Barusan dia di sapa
oleh seseorang yang selama ini dianggapnya pendiam di tempat kerjanya.
Dia kurang pasti sejauh
mana karektor sebenar lelaki itu. Walaupun saban hari menemui karektor insan di
sekeliling yang pelbagai warna. Ada yang plastik, pentingkan diri,
bermuka-muka, jujur sejujur-jujurnya, ada yang berperwatakan baik dan selebihnya
mengamalkan sikap yang entah apa-apa. Sengaja dia tidak mahu mengambil pusing.
Selagi tidak melibatkan kerja, selagi itulah dia akan memastikan dia tidak akan
tergolong di dalam golongan itu.
Cerita mengenai Nazri
kembali menerjah benaknya. Lelaki itu masih tidak jemu-jemu mengajak Adelia
keluar makan tengah hari. Apabila menolak diajaknya keluar minum petang di
warong bawah pokok dekat pejabatnya. Malahan semakin menjadi-jadi sikap tidak
putus asanya apabila satu malam itu Nazri mengirim sms mengajak Adelia
menemankannya makan roti canai di warong mamak.
“Terima ajelah perlawaan
dia. Engkau ni pun jual mahal sangat,” marah ‘room mate’nya Hani.
“Kau tau apa?” hati Adelia
membentak.
Pantang bagi Adelia kalau
ada orang membantah keputusan yang dibuatnya.
“Dia tu okeylah. Ikhlas
nak kawan dengan engkau.”
“Eh, tak naklah aku. Kau
ajelah kawan dengan dia,” jawab Adelia bersahaja.
“Masalahnya mamat tu nak
kawan dengan kau. Lainlah kalau dari awal memang dia terhegeh-hegeh dekat aku,”
balas Hani geram.
“Aku dah kata, aku tak
suka. Aku tak sukalah. Susah sangat ke kau nak terima keputusan aku,” benteng
kesabaran Adelia semakin menipis.
“Dia duda anak satu. Duda
ni banyak pengalaman tau. Rugi kalau kau tolak,” Hani masih memujuk. Dalam hati
berharap teman baiknya itu akan lembut hati untuk menerima.
“Kalau kau nak, kau
ambillah. Ha... buang masa kau je memujuk rayu aku ni. Bukan dapat apa pun,”
jawab Adelia sambil bangun berlalu untuk masuk ke dalam kamarnya. Serentak itu
juga selesai perbalahan mereka berdua tentang lelaki yang bernama Nazri itu.
Apa yang menjadi tanda
tanya di hati Hani, adalah sikap memilih Adelia itu. Sedangkan berlumba-lumba
perempuan dekat jabatannya untuk meraih cinta dan perhatian lelaki itu.
Semenjak kembali hidup sendiri kerana kematian isteri saham lelaki itu terus menjunam
naik.
******
“KAU ni kan, tolak tuah tau. Ramai awek dekat jabatan aku tergila-gila
dekat Nazri. Dahla kacak, handsem, baik pulak tu. Kau pulak menolak
bulat-bulat.”
Adelia yang baru hendak
melabuhkan punggungnya di sofa, tergamam. Matanya membulat sambil merenung Hani
tanpa berkelip-kelip. Dia ingat topik itu tidak akan dibangkitkan lagi. Ini
sebaliknya pula. Sedangkan sudah acap kali dia memberi kata putusnya untuk tidak
mahu menjalin hubungan dengan duda anak satu itu.
“Apa nak peliknya. Dah aku
kata tak suka, tak sukalah. Mana boleh paksa-paksa,” kata Adelia kembali masuk
ke kamarnya.
Adelia menggumam marah. Sudah
nekad dia berkata tidak mahu. Hani pula tidak jemu-jemu memujuk rayu. Lebih
sudu dari kuah pula. Tiba-tiba terdetik perasaan ingin tahu, kenapa temannya
itu beria-ia hendak menyatukan dia dengan duda anak satu itu. Dia membuat
keputusan untuk mencari tahu. Tidak semena-mena tergaris senyuman manis dari
bibirnya.
******
ADELIA mencelikkan matanya saat merasakan percikan air di wajahnya. Matanya
membulat membalas renungan Hani yang tersengih disisinya. Percikan air di wajah
dilap dengan belakang tangan kanannya.
“Gila kau. Kau kacau aku
tidur.”
“Cik kak manis. Tak nak
kerja ke? Subuh pun dah dipenghujung ni!”
“Naklah. Kau pun satu,
saja-saja je cakap tak nak,” jawab Adelia sambil duduk bersila di atas
katilnya. Matanya masih terpejam rapat. Mengantuk sangat dia. Entah jam berapa
dia tidur kerana semalaman dia membalas emel teman lamanya di luar negara. Lap
top pula dengan sendirinya terpadam kerana begitulah selalunya. Pantang lama
sedikit terpasang, terpadamlah ia.
“Eh, dia ni. Boleh pulak
tidur sambil duduk pulak. Cepatlah, mandi. Aku tak sukalah terkejar-kejar nak
ke office. Breakfast pun belum ni,” bebel Hani lagi. Dia tahu, sebab apa
Adelia melengah-lengahkan masanya. Sudah tiga hari gadis itu uzur. Kalau tidak
seawal jam enam katil beradunya sudah siap teratur kemas.
“Iyelah, iyelah!” Adelia
melangkah lambat-lambat menuju ke bilik air. Hani hanya mampu menggeleng saja
melihat tingkah sahabatnya itu.
Hani beruntung, mujur
Adelia seorang teman yang boleh diharap. Dengan Adelia dia dapat bertukar-tukar
pendapat. Adelia juga tidak pernah berkira kalau dia ingin menumpang untuk
pergi kerja. Tambahan pula mereka bekerja di bawah satu bumbung. Seperti selalu, sebelum ke tempat kerja
sama ada Hani atau Adelia, mereka akan menyiapkan sarapan pagi dahulu. Mereka
lebih suka membawa bekal, tak kiralah ianya sekadar roti potong bersalutkan
jem. Hanya sesekali sahaja mereka bersarapan di luar.
Adakalanya mereka tersasar
juga. Walaupun jarak ke tempat kerja tidaklah jauh namun, pernahlah juga mereka
lewat masuk pejabat. Hanya tawakkal saja yang mampu mereka lakukan agar majikan
dapat menerima alasan yang diberikan. Sebagai pekerja yang berdedikasi, seboleh
mungkin Adelia dan Hani menjaga disiplin mereka.
******
Suatu hari jam loceng tidak berbunyi seperti selalu. Terburu-buru mereka ke
tempat kerja. Sudahlah menghadapi kesesakan lalu lintas, terpaksa pula
menghadapi kerenah pengguna jalan raya yang pelbagai rupa. Tekanan biasa yang
sering dilalui mereka sepanjang mereka bekerja di Kuala Lumpur.
Gara-gara lambat ke tempat
kerja, segala tindakan serba tidak kena. Barusan tadi Adelia terlanggar
seseorang yang tidak dikenalinya. Malu bukan kepalang kerana tanpa disengajakan
sepantas kilat dia berada dalam pelukan lelaki itu. Meskipun, terpaku memandang
secalit senyuman itu, berkali-kali dia mengingatkan, dia tidak layak memiliki
senyuman itu. Nampak sempurna saja lelaki itu dimatanya. Lelaki itu
kelihatannya dari golongan berada. Dia takut dia tersalah pilih. Biarlah cinta
yang lahir dari sanubarinya hadir tanpa disedari.
Namun, apa yang berlaku
disebaliknya. Seharian wajah itu juga bermain dimatanya. Bagaikan masih terasa
sentuhan lembut lelaki itu memaut pinggangnya.
Adelia melangkah menuju ke
pantri. Sambil membacuh milo, doanya di dalam hati semoga dia diberi kekuatan
melupakan insiden memalukan yang berlaku padanya pagi tadi.
Ketika kembali ke tempat
duduknya. Adelia terperasan renungan seseorang. Namun, dia cuba berlagak
tenang. Dia tidak mahu terasing berada di dalam pejabatnya sendiri.
‘Adelia, sekarang bukan
masanya untuk berangan, berkhayal atau apa. Kerja kau akan terganggu.
Laksanakan kewajipan kau dulu,’ suara hatinya memekik memberi peringatan.
Dalam pada berkira-kira
hendak melaksanakan kerja pertamanya, tercetus idea dibenaknya. Dia bangun
menuju ke satu arah di mana terletaknya mesin pencetak untuk mencetak beberapa
dokumen yang diambilnya dari dalam fail di atas mejanya.
“Morning!”
Mendengar teguran itu,
Adelia pura-pura tersentak. Sudah diduganya sejak tadi, Nazri akan
menghampirinya.
“Iya, morning Encik Nazri. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanyanya
sambil tersenyum.
“I nak ajak you lunch sama-sama nanti. Boleh kan?”
“I tak janjilah Encik Nazri. Tapi, Encik Nazri tunggulah I di lobi ya!”
“Okey, I tunggu you di bawah,” jawab Nazri dengan senyum simpul yang tidak lekang
dibibir.
Adelia kembali ke tempat
duduknya. Dengan lafaz Bismillah dan senyum manis yang terukir di bibir, dia
menyambung kerja pertamanya pada hari itu. Menyemak butir-butir maklumat akaun
yang dikemaskini semalam. Kemudian menaip surat yang berkaitan, dan macam-macam
lagi kerja yang hendak dilakukannya.
“Adelia!”
“Iye, saya!” Adelia
menyahut panggilan rakan sekerjanya.
“You tak keluar lunch ke?
Dah jam satu ni!”
Adelia melirikkan matanya
memandang jam dipergelangan tangannya. Kemudian matanya kembali tertunak pada
wajah rakannya itu.
Eh, tak perasan pulak dah
pukul satu,” jawab Adelia ramah.
Buru-buru dia menyusun
kertas kerja yang baru ditaipnya. Kemudian dengan pantas dia mencapai beg
tangan yang berada di dalam laci.
Entah apa nasib malangnya
pada hari itu, kerana hendak cepat sekali lagi dia terlanggar lelaki yang sama
yang dilanggarnya pagi tadi di tingkat bawah pejabatnya. Keadaannya hampir
serupa. Dia hampir tersungkur mencium lantai. Mujur lelaki itu sempat memegang
lengannya.
“Kenapalah dengan awak ni?
Jalan tak pakai mata. Menonong je tanpa arah.”
Membulat mata Adelia saat
dileteri lelaki yang tidak dikenalinya itu.
“Excuse me. Sorry, saya tak sengaja.”
“Maaf aje ke? Pada saya
tak cukup dengan kata maaf,” jawab lelaki itu pula sambil tersenyum.
“Eh, awak ni nak apa ye?”
jawab Adelia dalam nada marahnya.
“Saya tak boleh terima
kemaafan awak kecuali kalau awak sudi sambut per...” belum pun sempat lelaki
itu menghabiskan kata-katanya, nama Adelia dipanggil Nazri. Pantas Adelia
memandang lelaki itu.
“Adelia, kenapa ni? Siapa
dia ni? Kenapa you tak tunggu I?” bertalu-talu pertanyaan Nazri
menampar cuping telinganya.
“Er, saya tak kata pun nak
tunggu Encik Nazri. Dia ni...” jawab Adelia sambil menyembunyikan senyumnya
saat pandangannya tertunak pada wajah jejaka yang tidak dikenalinya itu. Ternyata
menggelabah juga dia kerana tidak tahu nama jejaka itu.
“Saya Aidil, tunang
Adelia,” jawab Aidil sambil menghulurkan tangannya. Lambat-lambat Nazri
menyambut huluran tangan itu.
“Bila you bertunang? Kenapa I
tak tahu ye? Pandai you simpan rahsia
ye?” seperti tadi, Nazri bertanya tidak puas hati.
Adelia sedar wajah itu
telah berubah rona. Adelia sendiri tidak tahu bagaimana hendak diperjelaskan
perkara sebenar kerana lelaki itu yang memulakannya. Namun, apabila
difikir-fikirkan Nazri sekadar rakan sepejabatnya. Tidak ada kepentingan
padanya. Jadi, dia merasakan dia tidak perlu berasa bersalah terhadap duda anak
satu itu.
“Kami ditunangkan bulan
lepas. Tujuan saya jumpa Adelia sebab ada hal nak bincang dengan Adelia
berkenaan majlis perkahwinan kami nanti,” lancar saja Aidil menjelaskan
tujuannya tanpa memikirkan baik buruk alasannya itu. Tidak berkelip mata Adelia
memandangnya.
“Oh I see. Sorry, I have to go. Adelia congratulation,” jawab Nazri lemah. Seakan berpatah hati lagaknya.
“Eh, what wrong with you? Kenapa you explain
dia perkara yang tidak benar?” Adelia melontarkan kemarahannya.
“Eh, sorry. I cuma nak menyelamatkan you. It’s right? You patut berterima kasih pada I.” Berkerut-kerut dahi Adelia menahan rasa.
“Menyelamatkan I? Apa maksud you ni?”
“Macam nilah. Jom kita
bincang dekat tempat lain. Dah macam drama pulak, jadi tontonan orang lain,”
jawab Aidil.
Barulah Adelia perasan.
Dia kini berada di lobi pejabat. Ada beberapa orang pekerja keluar masuk di
situ sambil tersipu-sipu memandang mereka berdua.
“Excume me. Saya tak kenal awak.so,
saya harap urusan kita sampai di sini saja. Terima kasih sekali lagi. I have to go,” kata Adelia tegas.
“Awak cuma ada dua
pilihan. Sama ada menurut permintaan saya atau saya akan bocorkan rahsia
pembohongan awak dekat lelaki tadi.”
Terjegil mata Adelia.
“Awak ugut saya ye? Eh, please la. Jangan nak buat saya marah di
sini.”
“Sekadar maaf tak cukup
pada saya. Setidak-tidaknya awak sambut salam perkenalan saya dulu. Baru saya
benarkan awak pergi.”
Mahu atau tidak
terpaksalah Adelia menerima kehadiran lelaki itu sebagai kenalannya. Sempat
mereka bertukar-tukar nombor telefon. Dalam langkah terpaksa Adelia kembali ke
pejabatnya. Langsung hilang selera untuk makan tengahari. Sementelah jarum jam
sudah pun menginjak ke angka 1.55 petang.
Seingat Adelia, ini kali
kedua dia berkenalan dengan lelaki. Pertama kali sewaktu menuntut di kolej
tempoh hari. Tempoh perkenalan yang hanya mampu bertahan dua tahun itu putus
begitu sahaja kerana mereka membawa haluan masing-masing demi meneruskan
kelangsungan hidup bagi melunaskan segala impian yang tertunda.
Sepanjang hari itu apa
saja yang dilakukan Adelia jadi serba tidak kena. Jiwanya jadi tidak tenang.
Fikirannya sedikit terganggu. Namun, dalam kecelaruan fikirannya itu berjaya
juga dia mengasingkan dokumen-dokumen yang perlu tindakan segera. Mana yang
perlu diletakkan dalam in tray segera
diletakkan. Mana yang perlu dihantar ke bilik Mr Teo telah diasingkan pada satu
tempat. Bila selesai semuanya dia menarik nafas lega.
Dipandang dokumen-dokumen
yang perlu ditaip. Dia ralat seketika. Bagaikan semangat kerjanya telah diheret
pergi jejaka tampan yang dikenalinya tengah hari tadi.
‘Apa dah jadi dengan aku
ni? Pelik betul.” Desis hati kecilnya.
Dia berkira-kira hendak ke
meja ketua setiausahanya. Ada dokumen-dokumen penting untuk diserahkan. Namun,
belum pun sempat dia bangun, deringan telefon mengejutkan dirinya. Dahinya
berkerut.
‘Siapa pulak yang telefon
ni?’ tanyanya pada diri.
Lambat-lambat dia
mengangkat gagang telefon itu.
Belum pun sempat dia
menjawab salam sipemanggil dia sudah terpempan saat mendengar sapaan
sipemanggil.
“Sibuk ya?”
“Awak peduli apa saya
sibuk atau tidak. Mana awak dapat nombor telefon pejabat saya ni?” tanya
Adelia. Seingat dia hanya nombor telefon bimbit saja diberikan kepada Aidil.
“Tak pentinglah. Saya
minta maaf sebab ganggu awak. Saya nak ucapkan terima kasih saja sebab sudi
terima saya sebagai sahabat awak. Tadi tak sempat berbual panjang. Masa singkat
sangat. Esok-esok kita jumpa lagi ya.”
“Awak ni kan!”
“Thanks dear!” membulat mata Adelia saat mendengar ayat terakhir
Aidil.
“Gila, belum apa-apa dah
merapu macam tu.” Kata Adelia sendirian sebaik saja ganggang di sebelah sana
diletakkan.
******
INSIDEN dimarah Hani tidak meninggal kesan dihatinya. Terpulang pada
pandangan temannya itu tentang dirinya. Semua kenyataan yang dihamburkan
baginya tidak munasabah langsung. Palsu belaka.
“Kalau aku bagitahu pun,
kau tentu ketawakan aku. Pasal tu la, aku lebih suka diam. Kau tu bukan aku tak
tahu,” kata Adelia sebaik saja Hani berhenti menyoalnya.
“Kau ni, memanglah tak sporting punya kawan. Dengan aku pun kau
nak berahsia. Tak senonoh,” balas Hani geram.
“Mulut kau ni betul-betul
tak ada insuranslah. Geram betul aku,” jawab Adelia pula.
“Kau fikir geram kau aje.
Kau tak fikir perasaan aku menunggu kau tadi. Beria-ialah nak keluar lunch sama dengan kau. Tapi kau ber’dating’
pula dengan mamat handsome mana dekat
lobi. Patutlah kau tolak duda anak satu tu, rupa-rupanya kau dah ada steady boyfriend.” Hani kembali meleteri
Adelia tanpa memikirkan perasaan Adelia.
“Aku tak kenallah mamat
tu. Pagi tadi aku terlanggar dia dekat kaki lima lobi pejabat. Nak keluar lunch tadi pun dia ada dekat bawah, pun
aku nyaris cium lantai. Dia yang selamatkan aku. Lepas tu datang pulak si Nazri
tu. Tak pasal-pasal mamat tu mengaku pulak tunang aku. Lepas satu-satu masalah
aku. Bengang aku dibuatnya.” Adelia berasa lega selepas meluahkan segalanya.
“Dah jodoh kau dengan
mamat tu agaknya. Beruntung kau, mamat tu handsome,”
jawab Hani sambil mentertawakannya.
“Piiirah. Tak habis-habis
dengan khayalan kau. Malaslah nak layan kau,” Adelia berlalu ke bilik sambil
mengetuk kepala Hani dengan bantal kusyen.
Adelia berlalu ke bilik
dengan seribu satu rasa yang bermain di dada. Entah mengapa ada rasa kelainan
yang bermain dibenaknya. Wajah Aidil sering bermain dimatanya.
Seminggu berlalu, Adelia
selamat dari gangguan Nazri. Duda anak satu itu tidak lagi mengajaknya keluar
sama ada makan tengah hari, minum petang, makan malam, beli belah mahupun
keluar beriadah di taman. Buat sementara waktu jiwanya dipagut ketenangan.
Namun, panggilan dari kampung tadi pagi benar-benar menyentap ketenteraman jiwa
Adelia. Sungguh,memikirkan persoalan itu Adelia resah sendiri.
“Aku tengok kau dari tadi
macam kucing hendak beranak. Muka pun berkerut seribu. Ada apa-apa yang boleh
kubantu?” tanya Hani prihatin.
“Hani, aku rasa macam nak
menangis,” kata Adelia sambil menyembankan wajahnya dalam pangkuan Hani. Lantas
Hani mengusap rambut Adelia yang mengurai itu penuh kasih.
“Apa halnya Adelia?” tanya
Hani
“Mak aku telefon. Dia dah
terima pinangan orang.”
“Iyer ke? Siapa orang tu?”
“Itulah masalahnya. Aku
tak kenal pun. Masuk kali ni dah tiga kali orang masuk meminang aku.”
“Hmm, patutlah mak kau
terima. Barangkali pilihan mak kau tu secocok dengan kau, sebab tulah dia
terima. Biasanya pilihan orang tua ni kekal bahagia.”
“Esok pagi aku nak balik
kampung. Barangkali Aidil boleh tolong aku lagi kali ini. Aku hantar kau ke
tempat kerja, balik kerja pandai-pandai kaulah ye.”
******
SUKANYA hati Aidil dapat mengikut Adelia pulang ke kampung. Sepanjang
perjalanan senyuman tidak lekang di bibirnya. Dalam diam syukur dipanjatkan
pada-Nya kerana tidak perlu melalui kesulitan untuk mengenali Adelia dengan
lebih rapat lagi.
Adelia tiba di kampungnya
di Ipoh Perak setelah melalui lebih kurang tiga jam perjalanan. Kepulangannya
disambut gembira oleh keluarganya. Namun, dia hairan kerana kepulangannya kali
ini seperti telah dirancang. Semua adik beradiknya ada menyambut kepulangannya.
“Mak, banyaknya lauk ni?
Lia dengan kawan Lia aje yang nak makan tapi masakan mak buat ni mengalahkan
hendak buat kenduri kesyukuran,” tanya Adelia tidak puas hati.
“Eh, cik adik. Ingat kau
aje ke yang nak makan? Ni ha anak-anak mak ni pun nak makan juga,” kakaknya
yang sulung mencelah. Adelia hanya menjeling geram.
Tanda tanyanya tidak
berhenti di situ saja. Dia terperasan sesuatu. Kehadiran Aidil langsung tidak
dipertikaikan oleh orang tuanya. Tambahan lagi, begitu rancak adik beradik
lelakinya berbual-bual dengan Aidil. Mahu saja dia menjerit melepaskan kemelut
yang bermain dibenaknya.
Tidak semena-mena, petang
itu mereka sekeluarga menerima kehadiran tetamu istimewa. Tidak pernah seumur
hidup Adelia mengenali tetamu-tetamu itu. Lagaknya seperti orang jauh saja. Kian
jelas kemusyhkilan bermain di hati apabila begitu teruja ayah dan ibunya
menyambut kehadiran tetamu-tetamu itu. Dua biji kereta semuanya.
Pertanyaaan demi
pertanyaan terurai juga akhirnya. Rupa-rupanya Aidillah bakal suaminya itu. Patutlah
insiden di pejabatnya tempoh hari Aidil tanpa segan silu mengaku dirinya sudah
bertunang.
Memang benar rombongan
peminangan berlaku sebulan yang lalu. Namun, Adelia sudah menolak baik-baik.
Alasannya Adelia belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan.
Tidak pula dia mengetahui
Aidil benar-benar menyukai dirinya. Hampir sebulan Aidil memerhatinya dari
jauh. Aidil bekerja sendiri, sebab itulah memudahkan Aidil mengikuti
perkembangannya dari jauh.
Risik punya risik kedua
buah keluarga yang lama tidak berhubung itu ada rancangan masing-masing bagi
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Kebetulan hanya tinggal Adelia yang
telah dewasa. Masing-masing sepupunya yang ada masih lagi di alam persekolahan.
“Kenapa awak tak jelaskan
masa dekat KL tempoh hari? Kenapa awak merahsiakan semuanya ini?” tanya Adelia
tidak puas hati ketika tetamu-tetamu keluarganya berangkat pulang.
“Masa tu singkat sangat.
Awak tengah marah. Mana boleh cerita awal-awal nanti rancangan tak jadi,” jawab
Aidil sambil tersenyum.
Tanpa segan silu sambil
mengerutkan dahinya, Adelia memandang tepat wajah Aidil yang sedang tersenyum
itu.
“Awak tak fikir langsung
perasaan saya ketika itu. Kalaulah saya tahu,” balas Adelia lirih.
“Kalau awak tahu awak akan
tolak saya lagi.”
Jawapan Aidil itu sudah
cukup menggambarkan betapa Aidil benar-benar ingin menyimpul ikatan janji, izin
berwali dan ijab bersaksi antara dua hati.
“Ikatan cinta yang suci
datang dari dua hati yang ikhlas, hadir dari dua hati yang mencintai, bersatu
kerana menegakkan agama dan sunnah nabi,” syahdu sungguh bait-bait ayat yang
keluar dari seulas bibir milik Aidil.
“Awak benar-benar pasti?”
Aidil mengangguk. Dia
benar-benar yakin, Adelialah calon wanita yang dicarinya selama ini.
“Terserahlah,” jawab
Adelia sepatah sambil berlalu meninggalkan Aidil dengan harapan yang menggunung
tinggi.
Mahu atau tidak Adelia
pasrah. Demi melihat kesungguhan orang tuanya, terdetik di hati untuk
berisitikharah bagi memohon pertunjuk yang sebenar-benarnya jodoh sudah berada
di depan mata. Hanya doa yang mampu dipanjatkan pada-Nya, semoga keluarga tidak
salah memilih.
0 comments:
Post a Comment