SPONSOR

Wednesday, July 11, 2012

Posted by RAIZA KHAIRINA 8:19 PM No comments

Redup matanya memandang kehijauan gunung di puncak sana. Damai jiwanya menikmati petang yang indah dari kamar tidur yang menghadap ke arah sana. Perlahan-lahan matanya dipejamkan daripada menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
            Syuhada kembali memikirkan kata-kata temannya yang sudi menemaninya ke bandar untuk mengepos surat permohonan melanjutkan pelajaran di kolej swasta di bandar. Ibu dan ayahnya tidak keberatan melepaskan dia pergi menimba ilmu. Yang penting, dia pandai membawa diri dan menjaga maruah keluarga.
            “Apa benar kau nak melanjutkan pelajaran?” tanya kawannya itu lagi.
            “Ya, kenapa? Tak percaya?” jawab Syuhada yang senang membahasakan diri Shasha. Nama kegemaran ahli keluarganya semenjak dia kecil lagi.
            “Aku bukannya tak percaya. Tapi…”
            “Tapi apa?” tanya Syuhada sambil tersenyum.
            “Kau nak tinggalkan aku di sini?”
Meledak ketawa Syuhada memecah keheningan pagi.
            “Ada pulak kau ni. Untuk pengetahuan kau, di mana saja aku berada, kau sentiasa dalam ingatan. Kau sahabatku yang terbaik,” ujar Syuhada sambil memeluk lembut bahu teman baiknya itu.
            “Lagi satu. Kau ambil bidang penulisan, aku seperti tak percaya. Masa sekolah dulu aku tak nampak bakat yang kau ada. Menyerlah pun tak…,” kata kawannya itu, Insyirah.
            “Dulu lain sekarang lain, Syira. Aku dah lama menulis. Dah banyak hasil tulisanku jadi koleksi peribadi. Bila difikirkan balik, aku rasa rugi sia-siakan bakat dan minat yang ada.”
Syuhada menguntum senyuman gembira kerana Tuhan membuka pintu hatinya untuk menyambung pelajaran. Sekurang-kurangnya, ibu dan ayah sentiasa memberi sokongan.
            “Aku tabik kau, Shasha. Sejak kecil aku kenal kau, prinsip kau tak pernah berubah. Selamba aje kau tolak salam perkenalan setiap lelaki. Aku jadi cemburu pula.” Insyirah meluahkan rasa hatinya.
Posted by RAIZA KHAIRINA 8:17 PM No comments

HUJAN renyai mula menyimbahi bumi. Seakan-akan turut menangis hiba melihat Batrisya dari pagi melayan sendu sambil menangis tersedu-sedan. Harapan yang pernah dianyam terhadap Sufri mulai surut. Lelaki itu seolah-olah tidak mahu terikat dengan komitmen keluarga.
            Daripada sama-sama bersekolah hinggalah masing-masing telah mempunyai kerja tetap Batrisya merasakan tidak ada kesudahannya menunggu lelaki itu.
            Lantas kerana itu dia membuat keputusan sendiri dan memujuk sendiri rajuknya. Andai ada jodoh tak akan ke mana. Andai tidak ada jodoh dia rela menerima sesiapa saja yang sudi singgah di halaman hatinya. Walhal dalam usia yang semakin menginjak dewasa, dia berhak memikirkan masa depan yang belum pasti hujung pangkalnya.
            Namun tanpa disangka-sangka, sedang hati terguris dengan sikap temannya, hadir seseorang mengetuk pintu hati. Batrisya menerima seadanya. Sebelum membuat keputusan beberapa kali Batrisya memohon kepada Tuhan agar diberi petunjuk. Akhirnya, dia pasrah pada ketentuan takdir. Setelah mengenali hati budi masing-masing Irfan menghantar rombongan meminangnya.

Sunday, February 13, 2011

Posted by RAIZA KHAIRINA 4:36 AM No comments
ANGIN dari laut di Pelabuhan Klang itu menghembus lembut wajah nan cantik dan ayu. Langit kelam bagaikan turut merasai gundah Suraya yang sudah bertahun dilanda kesedihan. Dia mengharap panas hingga ke petang, sebaliknya hujan di tengah hari. Mahligai cinta yang dibina bersama lelaki yang sangat dicintai, tidak berpanjangan. Memori luka itu sering menjelma di ingatan.
Berkali-kali ibunya menasihati. Namun, demi cinta diturutkan rasa hati, dialah lelaki pilihan. Cinta sejati yang tiada tolok bandingnya.

“Mak lebih dulu makan garam. Kau tu baru setahun jagung. Belum apa-apa dah nak kahwin. Kerja dulu. Kahwin tu kemudian boleh difikirkan.” Tetapi, nasihat ibu dibangkang keras. Suraya kurang menyetujui pendapat ibunya itu.

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter