SPONSOR

Saturday, January 30, 2016

Posted by RAIZA KHAIRINA 1:24 AM No comments


Cinta Buat Atikah
Oleh Raiza Khairina

ATIKAH baru saja selesai memasukkan baju-bajunya ke dalam beg. Sudah enam bulan dia berkhidmat di rumah besar ini sebagai jururawat peribadi kepada Puan Marina yang mengidap kanser paru-paru yang sangat kronik. Hari ini dia ingin pulang bercuti ke kampung. Sudah tergambar di ruang fikirannya betapa keluarga di kampung tidak sabar menanti kepulangannya.
            Sedang asyik Atirah meneliti barang-barangnya di atas katil, muncul Zulfan Effendi dari muka pintu. Wajahnya tidak seperti selalu yang tenang, damai dan terserlah keperibadiannya yang romantik dari kaca matanya. Tetapi, hari ini pandangannya penuh curiga. Amarah dan dendam terpancar dari anak matanya. Atirah hairan.
Posted by RAIZA KHAIRINA 1:19 AM No comments


Yang Tersia
Oleh Raiza Khairina

DALAM keheningan malam tanpa bintang, tanpa bulan yang menerangi alam, Suhana memandu pulang ke kampung halaman. Hujan renyai-renyai yang mengiringinya sepanjang perjalanan tidak dihiraukan. Yang penting baginya saat itu selamat sampai ke destinasi yang sudah agak lama tidak dikunjunginya.
            Dua jam yang lalu sudah puas dia menangis. Dia bertekad tidak mahu membazirkan air matanya lagi. Namun, sekuat manakah dia menahan derita yang ditanggung gara-gara seorang suami yang tidak berlaku adil kepadanya?
            Sesekali tangannya meraba perut yang sedang membuncit mengandungkan anaknya yang kedua. Sesekali mata dikalihkan ke belakang melihat anak sulung yang tidur mengerekot di dalam selimut.
            Apalah si kecil ini tahu? Malang betul nasibmu, nak. Ada ayah yang tidak berhati perut. Desis hati kecilnya.
            Hampir empat jam memandu, akhirnya Suhana selamat sampai di perkarangan rumah batu separuh papan milik orang tuanya. Waktu itu jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi.

Saturday, January 16, 2016

Posted by RAIZA KHAIRINA 8:19 PM No comments
Sudah lama tidak menjengah rumah ini. Rumah kosong ini jika diisi dengan jambangan kasih yang melaut di hati ini pasti semua cinta yang ada turut merasa tempiasnya. Hanya diri yang mampu mengubahnya. Saya ingin paparkan cinta hati ketiga saya. Walaupun hanya cerpen yang dicurahkan cukup buat hati saya berbunga bahagia. Ada pelbagai rasa, cukup perisanya, kisah mencuit jiwa, bicara tentang cinta, kasih dan sayang selagi masih bernyawa, cinta yang tumbuh itu tidak pernah akan hilang. Semuanya dalam SEDEGUP CINTA.
Pm saya untuk pre-order. RM22 (SM) RM25 (SS)
Tambah RM6 untuk pos laju.

Sunday, February 22, 2015

Posted by RAIZA KHAIRINA 7:14 PM No comments


Kalau Sudah Jodoh
Oleh Raiza Khairina

BANYAK asam banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Begitu banyak gambaran tingkah laku manusia yang menerjah ruang fikiran Adelia. Barusan dia di sapa oleh seseorang yang selama ini dianggapnya pendiam di tempat kerjanya.
            Dia kurang pasti sejauh mana karektor sebenar lelaki itu. Walaupun saban hari menemui karektor insan di sekeliling yang pelbagai warna. Ada yang plastik, pentingkan diri, bermuka-muka, jujur sejujur-jujurnya, ada yang berperwatakan baik dan selebihnya mengamalkan sikap yang entah apa-apa. Sengaja dia tidak mahu mengambil pusing. Selagi tidak melibatkan kerja, selagi itulah dia akan memastikan dia tidak akan tergolong di dalam golongan itu.
            Cerita mengenai Nazri kembali menerjah benaknya. Lelaki itu masih tidak jemu-jemu mengajak Adelia keluar makan tengah hari. Apabila menolak diajaknya keluar minum petang di warong bawah pokok dekat pejabatnya. Malahan semakin menjadi-jadi sikap tidak putus asanya apabila satu malam itu Nazri mengirim sms mengajak Adelia menemankannya makan roti canai di warong mamak.

Friday, February 20, 2015

Posted by RAIZA KHAIRINA 8:56 PM No comments

Jadilah Ibu Bapa Yang Berilmu

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Ibu bapa adalah dua insan yang diberi amanah oleh Allah untuk membentuk dan mencorak anak-anak. Ia bukan sekadar menyediakan makan, minum dan pakaian anak-anak. Malah, tugas  ibu bapa termasuk memberikan kasih sayang, didikan awal, membentuk sahsiah dan emosi anak-anak. Ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak berilmu dan berakhlak mulia.

Bagi memastikan kejayaan dalam memikul amanah ini, ibu bapa perlu ada ilmu pengetahuan, maklumat serta kemahiran yang betul dan bersesuaian. Ibu bapa sewajarnya melengkapkan diri dan sentiasa menambah  ilmu dan kemahiran dari masa ke semasa. Pelbagai maklumat dan ilmu sebagai contoh ilmu keibubapaan, boleh diperolehi melalui pelbagai cara seperti melalui pembacaan dari buku-buku, majalah, laman web, blog, menghadiri kursus, seminar atau ceramah. Selain itu, di zaman moden ini, terdapat banyak media sosial seperti facebook yang memberi peluang kepada para ibubapa untuk berkongsi maklumat dan pengalaman melalui kumpulan-kumpulan sosial. 



Ilmu keibubapaan boleh diperolehi melalui buku-buku atau majalah

Thursday, February 19, 2015

Posted by RAIZA KHAIRINA 12:05 AM No comments



24 perkara JANGAN dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. 

Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:
 

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. 
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 

Sunday, February 8, 2015

Posted by RAIZA KHAIRINA 3:16 AM No comments
1. Baca semua soalan yang diberi

Þ      Fahami arahan kehendak soalan.
Þ      Kenal pasti format yang perlu digunakan.
Þ      Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan

Þ      susun isi secara berturutan
Þ      letak isi mengikut perenggan
Þ      memberi huraian yang tepat kepada isi.
Þ      sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
 
3. penggunaan perkataan yang pelbagai

Þ      ada menggunakan perkataan yang terkini
Þ      elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
Þ      penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
Þ      elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. susun ayat dengan kemas

Þ      elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
Þ      guna ayat yang pendek tetapi lengkap
Þ      kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

Posted by RAIZA KHAIRINA 1:17 AM No comments
TEKS: NAIZATUL KHAIRIAH AHMAD
Kak Rodi bersama produk jenamanya sendiri dan Firmax3

BUKAN mudah untuk seseorang pengusaha bisnes kecantikan menerima produk baharu disebabkan telah memiliki barisan produk kecantikan pelbagai jenama sedia ada yang dijual di spa masing-masing.

Begitu juga dengan pengusaha bisnes kecantikan yang memiliki produk jenamanya sendiri di samping mempunyai jumlah pengedar produknya yang ramai, sudah pasti tidak akan menerima sebarang produk lain apatah lagi untuk memasarkannya jauh sekali.

Namun berlainan pula bagi Rodiah Tok Kechil, 45, yang memiliki produk kecantikan jenamanya sendiri dilihat bersikap terbuka (open-minded) terhadap produk kecantikan yang baru muncul di pasaran.

Pengarah Urusan merangkap pengasas produk jenama sendiri, RIAS KOSMETIK, yang mesra dipanggil sebagai Kak Rodi memberitahu, beliau tidak mempunyai masalah untuk memasarkan produk jenama pengusaha lain asalkan produk itu berkualiti dan berkesan sungguhpun tidak banyak diiklankan di media-media cetak mahupun media elektronik.

Wednesday, July 11, 2012

Posted by RAIZA KHAIRINA 8:24 PM No comments
Cerpen yang mula-mula tersiar di majalah MINGGUAN WANITA, 1998.


OLEH: RAIZA KHAIRINA

JAM berdenting lagi, kini sudah menunjukkan jam 9.00 malam. Pak Su masih gelisah. Dia mundar mandir di ruang tamu. Pelbagai andaian buruk bermain di kepalanya. Sekejap matanya melirik melihat jam di dinding, sekejap melirik memandang keluar.
            “Apa hal abang nampak gelisah sahaja? Tegur Mak Su kehairanan. Risau di hati tuanya melihat keadaan suaminya itu.
            “Eh awak nie nak bunuh saya ke? Terperanjat saya!” Pak Su mengerutkan dahinya. Tampak gersang garis-garis amarah di wajahnya.
            Sememangnya perangai semulajadi Pak Su begitu. Keras hati, panas baran, sukar di bawa berunding dan sebenarnya jauh di sudut hatinya tetap memiliki sikap pengasih dan penyayang. Namun berkat kesabaran Mak Su, hingga saat ini kekal bahagia bersama Pak Su.
            “Eh, abang ni, saya nak tegur macam mana lagi. Saya tegur  abang tahu tengking saya saja.” Rasa tidak puas hati Mak Su diluahkan.
            “Awak tak tengok saya tengah susah hati pasal anak awak!”
            “Saya pun tahu susah hati sebab dia anak saya. Saya faham perangai dia. Kejap lagi dia baliklah tu. Kata Mak Su cuba melegakan panas baran Pak Su.  Mak Su lebih memahami anak perempuannya itu berbanding Pak Su.
            “Itulah awak manjakan anak. Kepala kita nak dipijaknya.”
            “Tegur salah, tak tegur pun salah, susahlah saya nak berkompromi dengan abang,” ujar Mak Su yang masih tidak puas hati.
            “Awak nak ke mana tu?” Soal Pak Su sambil melihat kelibat Mak Su hilang di ruang tengah rumahnya. Manakala Pak Su kembali resah gelisah di ruang tamu.
            Jam berdenting lagi. Sekarang tepat jarumnya pada angka 12.00 tengah malam. Serta merta Pak Su terbangun dari tidurnya. Dia menyedari seseorang sedang membuka pintu rumah, lantas segera memperkemaskan duduknya.
            “Eh ayah, belum tidur lagi? Buat apa duduk dalam gelap ni. Ayah! Ayah!” Tanya dia berterusan.
Sepatutnya ayah yang perlu tanya engkau,” jawab Pak Su tepat memandang wajah anaknya.
“Bukankah siang tadi Rin dah bagi tau mak…”
“Kenapa Marina binti Munif sudah mampu membuat sebarang keputusan tanpa rundingan orang tuanya?” sambung Pak Su tanpa Marina sempat menghabiskan kata-katanya.
“Apa maksud ayah? Rin, Rin tak faham?” Tanya Marina kurang pasti.
Posted by RAIZA KHAIRINA 8:21 PM No comments

OLEH: NAIZATUL KHAIRIAH AHMAD___
                                                                                                       
MALAM kian larut. Marlia masih tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya bercelaru.
Perasaan bercampur baur. Dia ingin berubah, tetapi tidak tahu bagaimana hendak berubah, kerana tanpa disedari yang terjadi adalah dari kesilapannya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri yang mudah benar jatuh cinta.
            Lantas Marlia mengambil sebatang pen dan sebuah buku A4. Dia meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Dia memang minat menulis sejak dibangku sekolah lagi.
            Apa salah aku sebenarnya? Kenapa aku sahaja yang bersalah? Kenapa? Di mana kesilapanku? Benarkah aku yang membuat silap? Kau, Zamri! Hanya menuding jari padaku seorang! Seolah-olah kau saja yang benar! Yang baik belaka! Lelaki contoh konon, persetankan! Kenapa tidak tunjukkan saja sikapmu yang sebenar? Mengapa nak berselindung?
            Mengapa? Mengapa harus hipokrit? Kau memang tak sedar diri. Adakah kerana kau takut? Ah! Kau memang lelaki yang tak pernah kenal erti kepuasan. Lelaki ego, lidah bercabang. Selagi aku ada di depanmu, selagi aku masih disisimu. Kau buat apa yang kau suka. Yang pasti hebat lakonanmu. Hero di pentas sandiwara.
            Kenapa mata ini tidak mampu menitiskan air mata? Adakah kerana sejarah hitam itu telah sebati dengan hidupku? Marlia bertanya lagi pada diri.

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter