Cerpen yang mula-mula tersiar di majalah MINGGUAN WANITA, 1998.
OLEH: RAIZA KHAIRINA
JAM berdenting lagi, kini sudah menunjukkan
jam 9.00 malam. Pak Su masih gelisah. Dia mundar mandir di ruang tamu. Pelbagai
andaian buruk bermain di kepalanya. Sekejap matanya melirik melihat jam di
dinding, sekejap melirik memandang keluar.
“Apa
hal abang nampak gelisah sahaja? Tegur Mak Su kehairanan. Risau di hati tuanya
melihat keadaan suaminya itu.
“Eh
awak nie nak bunuh saya ke? Terperanjat saya!” Pak Su mengerutkan dahinya.
Tampak gersang garis-garis amarah di wajahnya.
Sememangnya
perangai semulajadi Pak Su begitu. Keras hati, panas baran, sukar di bawa
berunding dan sebenarnya jauh di sudut hatinya tetap memiliki sikap pengasih
dan penyayang. Namun berkat kesabaran Mak Su, hingga saat ini kekal bahagia
bersama Pak Su.
“Eh,
abang ni, saya nak tegur macam mana lagi. Saya tegur abang tahu tengking saya saja.” Rasa tidak
puas hati Mak Su diluahkan.
“Awak
tak tengok saya tengah susah hati pasal anak awak!”
“Saya
pun tahu susah hati sebab dia anak saya. Saya faham perangai dia. Kejap lagi
dia baliklah tu. Kata Mak Su cuba
melegakan panas baran Pak Su. Mak Su
lebih memahami anak perempuannya itu berbanding Pak Su.
“Itulah
awak manjakan anak. Kepala kita nak dipijaknya.”
“Tegur
salah, tak tegur pun salah, susahlah saya nak berkompromi dengan abang,” ujar
Mak Su yang masih tidak puas hati.
“Awak
nak ke mana tu?” Soal Pak Su sambil melihat kelibat Mak Su hilang di ruang
tengah rumahnya. Manakala Pak Su kembali resah gelisah di ruang tamu.
Jam
berdenting lagi. Sekarang tepat jarumnya pada angka 12.00 tengah malam. Serta
merta Pak Su terbangun dari tidurnya. Dia menyedari seseorang sedang membuka
pintu rumah, lantas segera memperkemaskan duduknya.
“Eh
ayah, belum tidur lagi? Buat apa duduk dalam gelap ni. Ayah! Ayah!” Tanya dia
berterusan.
Sepatutnya ayah
yang perlu tanya engkau,” jawab Pak Su tepat memandang wajah anaknya.
“Bukankah siang
tadi Rin dah bagi tau mak…”
“Kenapa Marina
binti Munif sudah mampu membuat sebarang keputusan tanpa rundingan orang
tuanya?” sambung Pak Su tanpa Marina
sempat menghabiskan kata-katanya.
“Apa maksud
ayah? Rin, Rin tak faham?” Tanya Marina kurang pasti.